Bercuti di Melaka 2011 (Part 3)

Lepas breakfast, kami terus keluar menyambung saki baki percutian kami ke Melaka.
Kunun-kunun nak pergi ke rumah kampung-kampung malam tadi tapi tak jumpa jalan plak.Akhirnya, jalan sekitar bandar hilir jek.
 
Bangunan Stadthuys
Nenek yang setia menemankan Qayyum yang tak dapat berjalan….huhuhuhu…
Kami hanya sempat meronda sekitar keretapi lama, kapal terbang lama, muzium lama. Tak sempatnak masukpun sebab hari dah tengahari. Faham-faham jelah bawak budak kan..silap-silap mak bapak budak pun boleh meroyan…Sampai Kota A’ Famosa pun tak menyinggah…huhuhu…
 
Selamat tinggal Bandar Hilir!
 
Sebelum pulang ke ke Sg Buloh, kami singgah ke Taman Buaya Melaka. Aku dan mak tak masukpun. Mak sudah penat mau berjalan. Kitaorang lepak2 jek kat luar Taman Buaya Melaka tu. Dah habih merayap..lebih kurang kol 4 pm, kami keluar dari Melaka.
 
Selamat tinggal Melaka! Banyak tempat lagi yang kami tak singgah sebenarnya..dah main redah jek..InsyaAllah…aku akan ke sini lagi..tapi tak tau berapa tahun lagi…
 
Sesaper blogger Melaka yang sanggup tanggung penginapan aku sekeluarga..sila bagitau ek..:)