Resepi Bubur Nasi & Sambal Ketuk

Salam semua.
 
Hari ni badan rasa tak sedap. Tekak rasa pahit. Teringin sangat nak makan Bubur Nasi + Sambal Ketuk. Balik je dari keje terus menerus bersiaran dari dapur Little Voice Luscious.
 
Bahan-Bahan :
 
2 pot kecik beras (basuh bersih)
2 cm halia (dihiris)
sedikit daun sup (saya tak guna sebab dalam peti ais takdak :))
garam secukup rasa
 
Cara-cara :
 
  1. Masukkan beras + halia + garam dalam periuk yang berisi air. Biarkan beras kembang. Masukkan air sedikit demi sedikit. Masak sehingga lembut. 
 
Sambal Ketuk
Bahan-Bahan :
 
15 biji cili padi
segenggam ikan bilis
minyak masak
secubit garam

Cara-cara :
 
  1. Panaskan minyak di dalam kuali.
  2. Goreng ikan bilis sehingga garing. Toskan.
  3. Tumbuk cili padi (jangan terlalu lumat)
  4. Masukkan ikan bilis. Tumbuk (jangan terlalu lumat)

Bubur Nasi saya memang simple jek. Anda boleh letak ayam, daging, udang, sotong ke…Saya memang tak suka yang sarat-sarat. Simple & Cepat.

 
Selamat Menjamu selera….