Resepi Kek Oren Hullahop

 

Orange Cake. Kek oren ni aku tak wat deco pasal Mak aku tak suker.
200 gm Marjerin
50 gm Butter
250 gm Gula Kastor
1/2 tsp Esen Vanilla
5 biji Telur
250 gm Tepung Serbaguna
1 tsp Serbuk Penaik
2 biji buah oren (diparut kulit + airnya diperah)
Cara-caranya :
1. Putar mentega, butter, gula kastor dan esen vanilla sehingga kembang. Gunakan kelajuan 4 putar selama minit.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
3. Masukkan parutan buah oren dan jus oren tersebut. Putar.
3. Ayakkan tepung serbaguna bersama serbuk penaik.
4. Masukkan tepung perlahan-lahan.
5. Apabila adunan telah sebati tuang dalam acuan pembakar. Bakar selama 50-60 pada suhu 160 C.
Resepi ni saya amik dari Chef Asma yang mengajar saya aritu. Adalah cikit2 saya modified. Selamat Mencuba!