Kalau Dah Jodoh

Kalau dah jodoh tak kemana kan?

Al kisah … memenuhi undangan kenduri kawin member sekolah aku di Kundang. Bermula usikan dari kawan-kawan dalam group whatsapp geng sekolah berakhir dengan ikatan perkahwinan. Sweet kan …

Dapatlah jumpa kawan-kawan lama yang dah lama tak jumpa. Tak banyak yang berubah. Paling tak berubah bila jumpa bajet macam umur 17 tahun perangai memasing … kekekeke …

Biasalah Geng Copy Paste mana leh berpisah.

Syukran & Edi. Edi ni kawan aku dari kecik-kecik lagi …

Yang hitam manis berbaju merah tu, Mael namanya. Sejak habis SPM sampai haritu baru jumpa Mael. Tak pernah berubah. Dari dulu suka mengusik orang 🙂

Geng dari kelas lain. Majoriti jumpa semula lepas habis SPM 96

Pengantin dah mengatok … hehehehe …

Gembira hati dapat jumpa member lama …

Gambar wajib Geng Copy Paste sampai tercicir Wan ngan Siti … ampun …

Dalam 26 orang member Gading 79 yang datang  …

Selamat Pengantin Baru buat Nolly & Pejal. Semoga jodoh kali ini adalah jodoh terakhir buat korang berdua. Moga kekal hingga ke syurga. Amin.