Salam Jumaat. Kesinambungan cerita-cerita saya.
Percutian ini juga adalah percutian asal boleh namanya. Rancang nak ke Tambun jek…alih-alih terus lencong ke Cameron Highlands (CH) plak.
Setelah 10 tahun, ketika umur Balqis 2 tahun…baru saya ke Cameron Highlands semula. Pernah jugak rancang-rancang nak ke CH tapi tak pernah menjadi. Bila main terjah jek jadi plak. Dan Akibatnya…dari pukul 6 petang dari Ipoh….pukul 9 lebih malam baru kami sampai ke CH. Kami masuk dari Simpang Pulai. Dan lagi parah…jalan jem sekitar Berinchang dekat 3 jam. Dan lagi sadis…semua hotel, motel PENUH. Pandai-pandailah pengarah projek (Adik Moon) selesaikan masalah kami. Puas telefon sana sini, akhirnya dapat jugak tempat penginapan. Hotel takde..motel takde..hostel pun jadilah. Boleh muat 8 orang sebab ada 4 katil double deckers. Ada tv tapi takde Astro…huhuhuhu..jadilah dari tumpang kat masjid. Dengan kedinginan malam hingga ke tulang hitam..kami redha. Merasalah kami tinggal di asrama….hehehehe. Nama hostel jangan tanya sebab tak best…malas nak ingat. Harga saya ingat sebab mahal…1 malam untuk 8 orang RM330.00..cash jek tau….
Mari saya hidangkan panaroma di Cameron Highlands. Biar gambar yang berbicara….
Ingat semalam jek jem sekitar Berinchang…rupa-rupanya hingga ke hari Isnin masih jam. Musim perayaan memang begitu situasi di CH.
Tempat pertama kami singgah, Strawberry Farm. Tapi terkilan sebab tak boleh rasa nak pegang-pegang buah strawberry tu sebab menurut empunya farm..bukan musim strawberry. Keciwa mak tau. Berpossing-possing ngan cactus jela….Kesian anak-anak tak dapat merasai sendiri. Bukan takde tempat lain …masalah utamanya jalan sangat jem. Kami banyak menghabiskan masa berejam-jam dalam kereta jek. Frust giler.
Sambung Part II pulak ye…..






weee….yeay..budak encem nye pic bnyk..hiks..

kdg2 unplanned holiday tu lg best kan kak..
iEyLa recently posted..(LIRIK) SHILA AMZAH ft. ND LALA : BUDI DAN JASA
kena paksa…hehehe
wife saya nak pegi, saya tak bawak2 lagi sis.tak berkesempatan nak pegi lagi hmm
afzalsukasuki recently posted..Entry Sedar Diri
ish..ish..silalah bawak dia..hehe
wahhh seronoknye jln2
Aku Penghibur recently posted..Berhati-Hati Dengan Syirik Tersembunyi
sekali sekali…
kalau kami gi CH asyik ke hotel twangsa je. wpun biase je hotelnya tapi bersih dan ada steambot free yeay!!!
kalau last minit waktu public holiday mmg fully booked.
nmpk gak hotel ttwangsa tu tp dah penuh ms call
bestnye dapat pergi cameron highland

Liza Razak recently posted..Majlis Bertandang Akmal + Tqah (Pt 2)
stlh 10 thn liza..heheheh
Last pergi cameron bulan 12 tahun lepas. Tapi bagi saya cameron tak best sangat., hehehe
ProfHariz recently posted..Aku Anak Kuat dan Aku Jatuh Lagi
mmg tak best pon cuma suka suasana jek