Apa yang korang bayangkan? Matikah? Hidupkah? Orang di dalam van itu?
Seorang sahabat saya baru sahaja kehilangan ayah tersayang. Walaupun saya tidak begitu rapat dengannya tapi sahabat jugakkan. Saat saya mendapat khabar berita tersebut, seluruh jiwa raga saya bagai tersentap sebab saya memang agak fobia bab kehilangan terutama mak abah.
Tidak dapat saya bayangkan bagaimana perasaan sahabat saya itu? Tidak dapat saya bayangkan bagaimana riak wajahnya? Tidak dapat saya bayangkan jika sahabat saya itu adalah saya?
Ya!Allah…minta dijauhkan semua dugaan berat itu buat kami sekeluarga. Saya belum begitu bersedia Ya!Allah..Saya tahu..ini kesemua qada’ & qadar yang tertulis olehMu buat kami semua tapi Ya!Allah…berilah ruang masa yang lebih lama lagi buat saya menagih kasih sayang dari orang-orang tersayang terutama mak & abah saya. Pengorbanan mereka masih belum terbalas sepenuhnya pada mereka. Namun, sekiranya memang itu kehendakMu juga, Engkau redhakanlah hati saya ini.
Sedih?Marah?Kecewa?Redha? Mungkin itu perasaan sahabat saya sekarang. Akibat nafsu serakah manusia yang senang enak berada diawang-awangan, yang tidak mengira keselamatan orang lain dijalan raya, mengorbankan insan yang mulia dipanggil ayah. Mengorbankan hati pilu insan dipanggil isteri. Mengorbankan kasih sayang buat insan yang dipanggil anak-anak. Mengorbankan nikmat bermesra bercumbu pada insan yang dipanggil cucu-cicit.
Semoga arwah sahabat saya ditempatkan bersama-sama insan-insan yang beriman yang disayangi disisi Allah. Hanya Al Fathihah mampu saya doakan.
Nota Cinta Alin Marlini : Janganlah memabukkan diri anda semasa pemanduan. Akibat kemabukan korang, korang telah mengorbankan insan yang tidak berdosa.




berhati-hati masa di jalan raya..
mmg ngeri lah kalau tgk org kemalangan ni..mintak jauh lah
wida recently posted..Barut & Makin Putih
memang ngeri
salam kak..lama x kesini..hihuhihu..
betol tu..mmg geram rs kecuaian org lain,org lain jd mangsa..
semoga membawa ikhtibar pada org lain hendaknyerr
nens recently posted..posing lps tunang
toll….kesian
Drink and drive tkpe kan.hehehehe
abah khalisha recently posted..Ajar Anak Lipat Pakaian Sendiri
heheheheh
mmm tu lah.. sebab kecuaian org lain, orang lain yg kena..
nurulhanif recently posted..SETIA HUJUNG NYAWA
tak psl2 org lain kena
Alin, sy pun spt alin, takut kehilangan org trsayang, dan tu jugak doa sy, klu itu lah qada dan qadar Allah utk sy, sy mohon Allah bg sy kekuatan dan ketabahan utk menghadapi. Anyway, I’ve lost my father in sept 2011, and alhamdulillah sy kuat, wlu pun waktu tu sy di german, arwah di m’sia, dan berita tu sgt2 mengejutkan sy.. And kami trbang ke m’sia, wlupun smpai2 arwah dah dikebumikan, tapi x pe la, sy dapat sentuh tanah yg merah tmpat arwah dikebumi.. Mmg kehilangan org trsayang sgt2 menyedihkan, tapi ia pasti trjadi, moga Allah sentiasa beri yg trbaik
sama juga dgn izan kak… andai Allah nak ambil nyawa org2 tersayang pada masa yg kita blm betul2 bersedia… tak dpt bayangkan perasaan waktu tu…moga Allah sentiasa pelihara ahli keluarga kita semua.
izan ishak recently posted..Ini Affan n Afnan Yang Punya!
mintak dijauhkan
Subhanallah……kwn Alin ke?
zuha recently posted..Visa Approved!…Yippie!
bapak member
kita hati-hati orang langgar kita, kita tidak hati-hati pun orang langgar kita.. hukum sekerasnya orang yang bawa kereta laju ni,kalau kemalangan nyawa orang yang hilang.
waireen recently posted..Promotion percuma Airasia datang lagi 15hb 2013
yup