«

»

Aug 11

Entri Khas Hari Raya Aidilfitri 2014 (Part 3)

Raya kali ini juga lebih meriahnya terutama buat abah aku.

Adik beradik abah aku ada 5 orang. 2 dah meninggal, tinggal 3 beradik je. Abah aku anak bongsu, so dia ada 2 orang abang lagi. Yang sorang selalu jumpa..yang sorang lagi tinggal di Perak. Jarang-jarang dapat jumpa.

Bila sepupu-sepupu aku kat Perak bagitau dorang nak turun beraya kat kampung…maka sukalah kami. Bukan senang nak berkumpul ramai-ramai. Tapi lagi best jika Kak Mida, sepupu kami (anak Wak Seman jugak) yang tinggal di Singapura dapat turun beraya kat kampung jugak…mesti lagi meriah.

IMG 20140729 140449 Entri Khas Hari Raya Aidilfitri 2014 (Part 3)Wak Tusan (adik) & Wak Seman (abang)

Abah aku keturunan Jawa. Jawa Selangor. Tapi sayangnya, abah aku dah tak cakap jawa pun. Bila kami tanya kenapa takmau ajar kami cakap Jawa, abah jawab…tak payahlah. Aku terasa rugi sekali sebab itu bahasa ibunda keturunan kami. Aku ingat nak buat kamus Jawa lepas ni. Nak suruh abah aku ajar satu hari satu perkataan. Aku ni langsung tak reti cakap Jawa tapi ada perkataan yang aku fahamlah. Yang lain aku nganga mulut je….

IMG 4693 Entri Khas Hari Raya Aidilfitri 2014 (Part 3)Sapa lagi encem? hehehehe…

Abah aku sayang sangat dengan abang dia ni. Kami juga. Sebab dialah pakcik kami paling jauh. Tahun ni dorang turun Paya Jaras…tahun depan kami plak pi Tanjung Tualang ek. Semoga abah dan Wak Seman dikurniakan kesihatan yang baik.

IMG 4682 Entri Khas Hari Raya Aidilfitri 2014 (Part 3)Yang ni semua menantu lelaki…..Salimin Clan memang ramai baka perempuan gamaknya..

IMG 4694 Entri Khas Hari Raya Aidilfitri 2014 (Part 3)Anak-anak perempuan keturunan Salimin Clan. Semua cakap mata kami sepesen. Baru perasan. Mata anak Jawa memang sepet-sepet kot….

IMG 4685 Entri Khas Hari Raya Aidilfitri 2014 (Part 3)Ini baru sebahagian Salimin Clan.

Semoga ikatan silatulrahim akan berkekalan hingga akhir hayat. Panjang umur bertemu lagi kita nanti.

3 comments

  1. kakcik

    Seronoknya dapat menyambung silaturrahim… Alhamdulillah. :)
    kakcik recently posted..Pahit manis di sepanjang jalan kenangan…My Profile

  2. diana

    seronok bila dapat berkumpul ramai2 macam ni..bukan boleh jumpa selalu..kan??

    1. Alin Marlini

      betul tu diana…w/pun duduk dekat tapi selalu bz sokmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge