Alin Marlini

Salam berblogging…
 
Namaku Marlini Binti Matusan. Lahir pada 5 April 1979 di Sg Buloh, Selangor Darul Ehsan. Kini dan selamanya aku masih tinggal di Sungai Buloh.
 
Aku ada 3 orang adik beradik, Aku Marlini, Maziah dan Murni..semuanya perempuan. Abahku Matusan Bin Mohd Salimin dan Makku Zainab Binti Ibrahim.
 
Aku isteri kepada Encik Suami Rashidan Abd Karim. Mama kepada 2 orang anak, Fatin Farhana Balqis & Firhan Qayyum.
 
Aku seorang kerani di firma guaman. Kini dan selamanya keje ngan loyer.
 
Sebelum ni..aku hanya menyibukkan diri membaca blog2 orang lain. Pertama kali aku terpikat ngan blog ni setelah membaca blog kimi, adik chambering yg pernah buat chambering kat HSK dulu..Aku suker sangat baca blog dia. Lama-lama jadi seronok kalu ada blog sendiri. Seronok jugak kalu ada blog sendiri..boleh luah perasaan..ala-ala cam Diarylah..Dulu-dulu aku rajin gak tulis diary..tapi sejak kawin + beranak pinak ni..cam malas + takde masa..
 
Setelah blog aku siap dengan bantuan kimi & am aku mula terpikir…ada ker orang nak intai2 blog aku nih? Dengan berperasangka baik..apa tujuan aku nak buat blog ni…hanya sekadar untuk luahan-luahan rase…tidak pada orang lain tp untuk diri sendiri…aku terus mengentry…
 
Orang kater biar dari bawah…nanti lamer2 naik ke atas jugak…so, sesaper yang sudi sila jadi rakan blogging saya.
 
Selamat Datang ke Alin Marlini a.k.a Akak Kembang