BBQ Hispter

Assalamualaikum. Selamat berpuasa semua. Pejam celik dah 6 Ramadhan kita berpuasa. Ok tak korang puasa kali ni? Aku? mmmmm …

Tadarus kat opis takde tahun ni (orang makin kurang). So mengaji sendiri jelah kat umah tiap malam.

Radio kat opis dah kena banned pulak. Semua media sosial kena banned. Mati kutu nokkkkkk!!!!

Sudahnya, setengah jam rehat aku kena siapkan entri-entri yang tertunggak (macam banyak sangat pulak kan)  :mrgreen: Kalau malas … aku tido jer …   

21 Mei 2017 lepas, genap usia Mak ke 60 tahun. Saja je buat makan-makan dan tahlil dengan IB Clan sekali nak menyambut puasa dan merasmikan tempat baru BBQ kami. Buat sendiri tau. Abang Kembong dan Moon yang buat sambil dipantau oleh Abah 😉

Tadaaaa … cantik tak Brick BBQ Hipter kami??

Yang tak lawa tu Moon buat 🙂 yang lawa tu Abang Kembong buat … hahahahaha. Adik aku sorang ni memang berbakat besar. Serba boleh. Mungkin dulu anak last mak ngan abah aku ingat dapat anak lelaki … tu yang menurun kebolehan lelaki kat dia  😆

Seperti bisa, keluarga kami memang suka acara makan-makan ni. Lelebih lagi kalau bakar-bakar ni. Tu yang gigih Abang Kembong dan Moon buat. Idea opkoslah dari aku (nak jugak up 😆 )  Rasanya dalam 2 bulan kot baru siap BBQ Brick ni …

Untong dapat adik ipar amik bidang designer ni. Suruh je settle kan bab dekorasi ni …

Belum siap sepenuhnya sebenarnya tapi dah tak tahan nak rasmikan … hehehe …

Tak lawa langsung tempat sampah … takpelah sementara … hahahaha …

Aiskrim Malaysia untuk BBQ. Dibuat penuh kasih sayang oleh Akak Kembang.

Tukang bakar yang steady dari awal sampai habis party BBQ 🙂

Nak panggang apapun boleh. Konsep kami, memasing bawak ikan sendiri. Tuan rumah suply nasi dan air.

Letak lelilin sikit fefeling romantik … hehehe

Tak sabar nak mamam …

Ikan Keli pujaan hati …

The Gorjes walaupun kurang sorang …

 The Gorjes ada ahli baru …. hehehehe

Seumur hidupku, pertama kali aku buat kejutan di hari jadi mak aku yang luar biasa sikit. Terima kasih team Kejutan Cinta. Yang kelakar adik tu pulak yang nerveous … hahahahaha …

Selamat Hari Jadi buat Mak yang jelita dari anak-anakmu

Kebetulan beday kupu-kupu kami, As selang sehari je ngan mak. Bolehlah potong kek sekali. Selamat Hari Jadi buat kazen ku yang gorjes. Moga segala impian jadi kenyataan 🙂

Buat Mak, Selamat Hari Jadi Mak! Kakak doakan Mak di lanjutkan usia. Dimurahkan rezeki. Diberikan kesihatan yang baik. Dan dimakbulkan doa mak dan abah nak jejak Mekah tahun ni. Amin. Sayang makkkk ….