Trip ke Bandung-Jakarta 2011 (Part 4)

Salam sore Ibu-Ibu..Bapak-Bapak….

KAMPUNG DAUN

Kampung Daun merupakan kawasan peranginan dan tempat makan. Memang cuaca di Kampung Daun agak sejuk lebih-lebih di waktu malam. Kali kedua aku ke situ. Tapi kali ini, kami nak cuba masakan di situ pulak. Perjalanan dari Hotel Aston Braga ke Kampung Daun makan masa 1 jam lebih kurang. Disebabkan hujan dan keadaan jalan yang jam…lama jugaklah nak sampai. Perut pun dah naik lapar.

Terdapat air terjun di Kampung Daun ini. Memang panaroma waktu malam sangat best! Dengan bunyian air terjun, sambi makan memang superb! Rindu Malaysia…tertiba…

Budak paling banyak order makanan…kekekekeke…Korang boleh pilih pondok-pondok makan yang ada di Kampung Daun tersebut. Memandangkan hujan renyai-renyai menyambut kedatangan kami, kami pilih di kawasan bawah je…  

Makanan di Kampung Daun jugak sangat superb terutama Gurame Bakar dan Nasi Goreng Kampung Daun. Mesti cuba! 

 
p/s : Kalau korang ke kota Bandung..jangan lupa singgah makan malam di Kampung Daun. Makanannya menjanjikan kesedapan yang sukar dilupakan. Memang perjalanannya agak jauh tapi berbaloi-baloi sambil menikmati panaroma dan cuaca yang cantik dan dingin.