Tips Dan Panduan Melawat Beijing di Musim Sejuk

Luas perjalanan bertambah pengalaman kan? Bukan menunjuk pandai cuma berkongsi pengalaman. Kalau tidak kerana bos mungkin saya tidak lambat sampai kot ke Beijing tu….Ada yang tanya kos berapa? Macamana nak pi sana? Sejuk sangat ke? Apa patut bawak? Saya akan kongsikan pengalaman Alin Marlini di Negara Sejuk Beku ye (^__^)

IMG 0039 Tips Dan Panduan Melawat Beijing di Musim Sejuk

  • perkara pertama adalah booking tiket. Tiket saya dan kawan-kawan telah dibooking oleh bos kami. Kami memilih MAS untuk keselesaan dan sebab bos belanjer…hehehe. Harga tiket untuk seorang adalah RM1k++ (saya tak pasti harga sebenar).
  • kemudian, kami memilih Poto Travel untuk accomodation, makan dan transportation kami di sana nanti. Semuanya diuruskan oleh Poto Travel. 
  • kami ke sana musim sejuk, so banyak persediaan diperlukan memandangkan masing-masing tak pernah ke negara sejuk. Takat Cameron Highlands & Genting Highlands tu apalah sangat sejuknya. So, kena beli pakaian yang bersesuaian. Kebanyakan benda saya pinjam jek dari adik saya. Untuk pakaian musim sejuk, korang patut pakai sekurang-kurangnya pakai 3 lapisan baju. Kena pakai long john (beli kat Sogo RM79.90 sepasang). Korang kena pakai sepasang sebab seluar jeans jugak tidak mampu menampung kesejukan terlampau tu. sampai ke tulang hitam rasanya. Kemudian lapisan ke 2, pakai outer sweater (beli kat H & M RM59). Dan lapisan terakhir adalah winter coat. Coat yang tebal..yang kembong-kembong tu (pun pinjam). Jimat kan? Selain tu kena pakai sarung tangan. Jangan sesekali bukak sarung tangan korang nanti akan kedut seribu cam saya (pinjam), stokin dari bulu kambing bg meresap haba (beli kat Sogo RM39.90), mafla untuk tutup tengkuk dan mulut sebab cuaca yang sejuk akan buat bibir korang tebal semacam dan jadi merah-merah (beli kat H & M RM39.90) dan kasut bertutup bagi mengelakkan kaki krem/kebas. Saya pakai kasut bertutup pun kebas jugak walaupun pakai stokin 2 lapis (beli kat Sg Wang RM79.90). Saya suggest tempat-tempat yang ada jual peralatan musim sejuk ni adalah di Sogo, satu kedai kat belah bawah Ikano, Uniqlo & H & M. Harga memang berpatutan. Paling saya suggest adalah di Sogo. Semua ada. Kalau korang bercita-cita nak beli di Beijing, saya rasa baik korang buat persediaan dari Malaysia. Memang kat sana murah tapi kena tanya itenenary  tour guide dulu sebab tour guide yang kami dapat ni memang punctual dan street to the point sangat. Kalau hari ke 4 shopping…hari ke 4lah pi shopping. Tak boleh 1st day ke 2nd day…nak drop by ke…cannot….Puas saya kelentong saya tak bawak baju…dia buat dek jek…
  • Vaccum bag (beli kat Sogo, 2 bag RM24.90). Baju kot tu kan gemoks…so, bila masuk dalam vacuum bag akan jd nipis. Lagipun boleh jimatkan space bagasi korang. Tapi korang kena siap-siap handcarry winter coat, sarung tangan, mafla sebab turun jek kat airport sana, korang akan mula rasa kedinginannya.
  • sentiasa berlosyen selalu tak kira boy or girl. Penting! Kalau tak nanti kulit korang gatal2. Lip balm pun hari-hari kena pakai sebab takut bibir kering nanti. Nak minum air selalu takut asyik terkucil plak. Saya guna vaseline jek..
  • sentiasa bawak botol kosong ke mana sahaja. Kat sana toilet adalah dibawah piawai tahap kotor kebersihannya. Nak tak nak tadahnye…Korang kena isi air kat luar toilet sebab dalam toilet takde air. Teringat masa saya sakit perut, kat Silk Street Market tu, pintu toilet siap takde kunci…ya! ampun..korang tadahnya nengok cina apek kat sana dok mencangkung selamber badak jek…saya punya menahan sakit perut sambil menahan pintu…huhuhuhu….
  • Ubat. Memang amat penting sebab kalau korang tak tahan boleh sakit kepala dan paling utama akan kena cirit birit cam saya icon sad Tips Dan Panduan Melawat Beijing di Musim Sejuk Bawaklah minyak angin, panadol, pil chekit tek aun dan ubat seangkatannya. Makan vitamin C banyak-banyak.
  • Jangan sesekali korang gedik-gedik nak beli topi panda/harimau/arnab di luar kawasan lawatan yang tour guide bawak korang tu terutama sekali di The Summer Place. Amaran!!!Jika korang takde duit kecik, jangan nak sibuk-sibuk terpedaya ngan penjual-penjual jalanan kat situ. Kalau nak jugak beli, pastikan ada duit kecik @ duit secukupnya. Taktik dorang sangat kotor. Kalau korang bagi duit 100 yuan, nanti dorang dah amik duit korang…pehtu pura-pura masuk poket dan keluarkan duit yang bernilai sama tapi dah koyak. Dorang akan bising-bising kata duit korang koyak dalam bahasa doranglah…mana nak fahamkan….pehtu kalau korang kata tu bukan duit korang even dalam bahasa melayu pun dorang berkeras kata tu duit korang…pehtu ada  plak orang lain datang backup penjual tu…mesti korang takutkan???Pehtu…korang pun dengan hati yang bengang…bagi lagi sekali duit 100 yuan. Dorang akan amik tanpa bising-bising lagi dan pulangkan baki…pehtu cepat-cepat blahh…Dan bila korang masuk dalam kenderaan, bila tengok wang baki…alamak…ada duit taiwan ngan duit rusia…tak ke lagi bengang…….?????? Kalau korang bagi duit ngam-ngam plak…dorang akan sibuk mintak duit besar…nasib baik saya tak terkena….saya berkeras bagi duit kecik jugak…patutlah dorang cam bengang walaupun saya beli kat dorang…nampak taktik dorang????So, berhati-hati….
  • kalau nak sopping kat Yashow Market ke Silk Street Market ke….kalau korang ringan mulut saja-saja nak tanya jek…simpan je niat korang tu…silap haribulan kena marah ngan salesgirl/salesman kat situ. Maybe itu pantang dorang…tanya…tapi tak beli…Dorang akan letak harga gila-gila lah….ada ke patut t’shirt sampai 800 yuan (RM400)….masa ni korang kena mainkan peranan korang. mintak jek 50 yuan (RM25)…kalau dorang tak bagi…korang blahh…nanti dorang akan panggil korang balik tapi bukan dengan harga yang korang mintak…korang kena mintak sampai dorang bagi…mengikut pengalaman saya…dorang akan bagi jugak akhirnya. Kalau ikut saya…semua barang saya mintak 50 yuan…sampai ada satu salesgirl tu cakap saya ‘cisi’. Dia ingat saya tak faham kot…bila saya cakap saya tau apa itu ‘cisi’ baru dia jawab ‘you’re my friend’…hehehehe…pehtu cakap cina plak ngan saya. Padahal 2-3 perkataan jek saya tau dalam bahasa cina sana…hehehe…

Setakat tu jek kot yang dapat saya kongsikan bersama korang. kalau ada salah silap harap maaf. Terasa nak pergi negara sejuk plak…tahun depan nak request pi mana plak ngan bos ni icon smile Tips Dan Panduan Melawat Beijing di Musim Sejuk

9 thoughts on “Tips Dan Panduan Melawat Beijing di Musim Sejuk

  1. Tips yang menarik..

    kalau kat sogo, kena tggu sales baru boleh dapat harga murah mcm long john, sweater and etc.? kat mana yea bahagian barang2 tersebut.. kat universal traveler/winter time mahal toksah ckpla..huhuhu..

  2. Salam. Good info n banyak membantu….H & M tu apa nama penuhnya ya? Apa nama kedai kat Sogo tu? Risau juga ni sbb cadang nak g pertengahan bulan 12 bawa anak yang kecil umur 6 tahun….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge